Wednesday, 13 February 2013

Ingatlah kita wahai Umat Nabi Muhammad s.a.w


HISTORY OF VALENTINE :

Hari Saint Valentine, biasanya dikenali sebagai Hari, Valentine atau Perayaan Saint Valentine, diperhatikan pada 14 Februari setiap tahun. Ia disambut di banyak negara di seluruh dunia, walaupun ia kekal hari bekerja di kebanyakan mereka.
St Hari Valentine bermula sebagai perayaan liturgi satu atau lebih wali awal Kristian bernama Valentinus. The martyrology yang paling popular dikaitkan dengan Saint Valentine adalah bahawa dia telah dipenjarakan untuk melaksanakan perkahwinan bagi tentera yang telah dilarang untuk berkahwin dan untuk melayan Kristian, yang telah dianiaya di bawah Empayar Rom, semasa dia dipenjarakan, dia dikatakan telah sembuh anak perempuan Asterius sipir penjara beliau. Legenda menyatakan bahawa sebelum pelaksanaan dia menulis "dari Valentine anda" sebagai perpisahan untuk her.Today, Hari Saint Valentine adalah hari perayaan rasmi di Perjamuan Anglikan, serta di Lutheran Church.The Gereja Ortodoks juga meraikan Saint Valentine hari, walaupun pada 6 Julai dan Julai 30, bekas tarikh di penghormatan kepada Rom presbyter Saint Valentine, dan tarikh akhir dalam penghormatan Hieromartyr Valentine, Bishop Interamna (moden Terni).
Hari pertama kali dikaitkan dengan cinta romantis dalam bulatan daripada Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila tradisi sopan cinta berkembang. Menjelang abad ke-15, ia telah berkembang ke majlis an di mana pencinta menyatakan cinta mereka antara satu sama lain dengan menyampaikan bunga, menawarkan manisan, dan menghantar kad ucapan (dikenali sebagai "Kekasih"). Simbol Hari Valentine yang sedang digunakan hari ini termasuk jantung-yang menggariskan berbentuk, merpati, dan angka Cupid bersayap. Sejak abad ke-19, tulisan tangan Kekasih telah memberi laluan kepada kad ucapan besar-besaran.

SEDARKAH KITA BAHAWA SEMUA INI HANYA INGIN MEROSAKKAN AQIDAH KITA ?

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                              ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                              (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..
 

Friday, 8 February 2013

KEMATIAN ITU PASTI





Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini, cepat atau lambat pasti akan mengalami suatu proses berpisahnya roh dengan jasad. Dalam bahasa agama, proses tersebut dinamakan proses kematian. Seseorang yang meninggal dunia akan meninggalkan segala apa yang dimilikinya, baik isterinya, suaminya, anaknya, orang tuanya, kekasihnya, pekerjaannya, hartanya atau keinginan dan cita-citanya  di masa depan.

Tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari kematian. 
Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
i) Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka sedar serta berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati.
ii) Selanjutnya maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu saja. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari kematian

i) Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut -  denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arasy Allah S.W.T.  Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persiapan ke atas kita. Antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang waktu.
iii) Malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini   terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabut.
Tanda 5 hingga 7 hari sebelum hari kematian.

i) Anak lidah bergerak-gerak.
ii) Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba hanya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

i) Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dirasa maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
ii) Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dirasa jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir
i) Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat, akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
ii) Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah, berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
`"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail  akan   menebarkan  sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail.
“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail  akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah semoga kita adalah di antara orang-orang yang  dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan pada dari Allah  dan  dari sesama manusia di atas segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ini adalah ketentuan Allah  semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaanNya di dunia mahu pun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah  dan apa yang salah dan khilaf itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.